Sunday, December 18, 2016

PPPMPP HALA TUJU DAN CABARAN MASA DEPAN

Assalammualaikum,
Sudah lama kita tidak membicarakan persoalan mengenai Peniaga-peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang.

Sebelum saya membicarakan lebih jauh tentang hala tuju PPPMPP ingin saya bersama anda untuk memohon doa kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita yang telah lama dan yang baru-baru ini seperti mantan YDP Allahyarham Azizan Jaafar dan Allahyarham Zam Laksa D 45. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Allah Swt.

Bagi kita yang masih mencari rezeki dengan perniagaan di Pasar Malam didoakan semoga Allah memberi kesihatan yang baik serta berkati perniagaan kita dengan rezeki yang halal.

Kita sedia maklum cabaran pada masa kini hanyalah bekalan bahan mentah atau bekalan produk yang dijual dipengaruhi faktor ekonomi semasa.

Tapi kalau kita mengimbas kembali bagaimana kepimpinan yang lalu berjuang dengan masalah perpindahan dan penutupan pasar malam menggambarkan bahawa betapa kita perlu berterima kasih kepada mereka.
Penutupan dan Pemindahan memberi kesan buruk kepada peniaga-peniaga kerana walaupun ada modal , walaupun ada bekalan tetapi tiada tapak perniagaan sudah pasti tak bermakna untuk seseorang peniaga.
Allhamdulillah semua perkara ini dapat diselesaikan oleh kepimpinan kita.

Apa yang perlu kita amati sekarang ialah tanggungjawab kita sebagai ahli PPPMPP.
1. Yuran
2. Mesyuarat Agung
3. Sentiasa peka dengan maklumat terkini samada melalui web blog utama http://pppmpp.blogspot.my , pppmpp@facebook.com atau WhatsApp PPPMPP.


Halatuju PPPMPP 

Perkara ini sepatutnya 5 tahun dahulu kita usahakan agar PPPMPP berjaya tubuhkan kopersi sendiri tanpa pergantungan dengan pihak lain. Sebab apa kita mempunyai matlamat sendiri oleh itu undang tubuh kita boleh bentuk mengikut keperluan kita. Tapi kalau kita terbentuk melalui perkara lain maka maksud dan penubuhan keporasi yang bakal ditubuhkan atau yang bekerjasama dengan pihak lain bercanggah.
akhirnya kita tidak mendapat manafaat yang sepatutnya kita dapat.
oleh itu marilah kita sama-sama fikirkan kearah itu.

Kelebihan Koperasi
1. keuntungan atau deviden setiap tahun jika untung.
2. pemilik saham adalah penentu perjalanan perniagaan  adalah ahli pppmpp
3. boleh menentukan kepimpinan melalui mesyuarat agung pada setiap tahun.
4. boleh memamtau perjalanan koperasi melalui mesyuarat Agung.

Bezanya kalau kita masih percaya pada Pasaraya besar
Untung kita tak dapat deviden
Kita boleh mendapat dana atau gran daripada kerajaan dari koperasi  Pasaraya apa gran pun kita tidak dapat.
Kita tidak boleh kemukakan idea pada pasaraya,  koperasi boleh.
Dan Banyak lagi yang saudara/ri, tuan/puan boleh bagi perbezaan.

No comments: