Saturday, January 7, 2017

SUMBANGAN KEBAJIKAN RM500 KE RM600

Assalammualaikum buat warga PPPMPP, di sini ada pengumuman baru

Kepada mana ahli PPPMPP yang sakit dan menjalani rawatan di Hospital adalah dimaklumkan bahawa :

3 hari lebih dan sebelum 6 hari sumbangan yang layak diterima adalah sebanyak RM300 yang sebelum ini adalah sebanyak RM200 sahaja. Manakala pesakit ahli PPPMPP yang melebihi 6 hari rawatan di hospital dengan maksud tinggal di wad rawatan dalam tempoh tersebut layak menerima sumbangan RM600 iaitu tempoh hari yang layak 7 hari (RM500) sebelum ini  dikuarangkan kepada 6 hari dan sumbangan dinaikkan sebanyak RM 100 .
PPPMPP lebih perihatin dengan kos rawatan masa kini. Ini adalah sumbangan dari Biro Kebajikan bukan untuk memberi keselesaan. Perlu dingatkan segala resit dan dokumen berkaitan Hospital perlu dilampirkan bagi memudahkan saluran bantuan dibuat. 

Perlu mematuhi terma dan syarat-syaratnya.
1. Ahli PPPMPP yang berdaftar.
2. Aktif membayar Yuran 
3. Anggap ini sebagai sumbangan kebajikan , bukan saja-saja duduk di Hospital kerana luka tangan sedikit      duduk di Hospital lebih 3 hari terus membuat tuntutan. Jika didapati perkara ini berlaku perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa untuk tindakkan.
4. Jika rawatan melebih 2 kali atau lebih rawatan dalam setahun , hanya kali pertama sahaja layak menerima sumbangan tersebut. 
5. Sekiranya didapati tunggakkan pada yuran PPPMPP , Jumlah sumbangan akan ditolak terlebih dahulu , baki bersih akan diserahkan kepada yang layak menerimanya.

No comments: