Friday, April 5, 2013

KOPERASI PENJAJA 1 MALAYSIA PULAU PINANG BERHAD

Koperasi Penjaja 1 Malaysia Pulau Pinang  Berhad di daftarkan pada 20 Mac 2013.  Angota dan Lembaga Pengarah terdiri daripada Penjaja Melayu , Cina dan India. Tujuan dan Matlamat penubuhan koperasi ini adalah memanfaat Ekonomi penjaja dengan memiliki saham sejumlah tertentu serta bersama-sama mencari pelaburan yang sesuai agar keuntungan dapat dipulangkan sebagai dividen pada setiap anggota.
SYARAT KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA 1. Berumur 18 tahun keatas. 2. Mesti mempunyai Pendaftaran Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau mempunyai lessem Majlis Perbandaran Pulau Pinang MPPP atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) atau berkaitan dengannya. 3. Bukan seorang bankrup. 4. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitanbagi kesalahan yang daftar. 5. Tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh 1 tahun.

PENDAFTARAN DAN JUMLAH SAHAM (SYER) ATAU SAHAM RM500.00 . BAYARAN hendaklah dibuat melalui Cek Berpalang, Bank Draf atau Wang Pos. Jumlah Bayaran untuk 1 cek , Bank Draf atau wang Pos sebayak RM550. tambahan RM50 adalah wang pendaftaran. Cek, Wang Pos atau Bank Draf untuk keanggotaan hendaklah dibuat atas nana KOPERASI PENJAJA 1 MALAYSIA PULAU PINANG BERHAD. Sehubungan dengan itu saya menyeru agar setiap penjaja di Pulau Pinang dapat menyertai koperasi ini bagi membentuk kemuafakatan Ekonomi kita agar  suatu hari nanti Koperasi ini menjadi idola kepada semua penjaja untuk melabur dalam koperasi ini.

Sifat kebiasaan tunggu dan lihat bakal  menjejaskan usaha kita untuk terus maju. Oleh itu saya menyeru agar setiap pemimpin NGO yang berasaskan penjaja eloklah sama-sama  melihat untuk mengukuhkan lagi koperasi ini sebagai Pilihan yang tepat untuk penjaja melabur sejumlah saham yang telah ditetapkan.

Kelebihan melabur dalam koperasi adalah kita dapat bersama semasa Mesyuarat Agung samada peringkat lembaga pengarah mahupun anggota biasa dapat menyumbangkan idea untuk meningkatkan jumlah keuntungan agar dividen dapat disalurkan pada jumlah yang diharapkan.

Untuk pengetahuan semua, sekiranya kita melabur di tempat yang kita belum tahu pelaburan serta tidak pernah bertemu dengan lembaga pengarah seperti pelaburan Emas atau pelbagai pelaburan di luar sana yang sememangnya kita tak pernah dijemput mesyuarat agung sudah tentu kita pelaburan kita tak terjamin.

Oleh itu carilah pelaburan yang lebih selamat dan kita sendiri boleh melihat pergerakan pelaburan kita melalui Mesyuarat Agung koperasi pada setiap tahun.

Sekian wasalam.
Dari Saya Abu Kasim Bakar
Pemangku Presiden Koperasi Penjaja 1 Malaysia Pulau Pinang Berhad.
016-4313244

1 comment:

Anonymous said...

Sertai kami di 1kubsb untuk diskaun dan rebat tunai koperasi tuan/puan.