Tuesday, April 17, 2012

MESYUARAT AGUNG PPPMPP KALI KE 11



MESYUARAT AGUNG PPPMPP KALI KE 11 26 MEI 2012 DI HOTEL SERI MALYSIA
Hari

Sabtu



Assalammualaikum warohmatullah hiwabarokatuh. Saya Abu Kasim Bakar Ketua Unit Penerangan PPPMPP ingin menyampaikan sepatah dua kata sempena AGM kali ke 11 ini yang merupakan mesyuarat Agung tahunan di mana 10 tahun telah berlalu kita telah menjalani liku-liku perjuangan dalam mengharungi kehidupan sebagai peniaga pasar malam.


Beberapa tahun yang lalu pelbagai rintangan yang dihadapi oleh peniaga pasar malam. Kita sering dihantui oleh masalah perpindahan tapak pasar malam sehingga kemerosotan pendapatan yang paling ketara kerana setiap julan asyik telan modal. Bagaikan kanak-kanak baru belajar berniaga. Namun ketabahan dan kegigihan semua pihak pasar malam di Seberang Jaya dapat dikekalkan. Pasar Malam di Lengkok Mahsuri dapat dikekalkan. Jadi di ruang masa serta keizinan Allah telah memberi ruang dan masa untuk PPPMPP menumpukan masa untuk membangunkan atau perkataan yang paling sesuai ialah transformasi PPPMPP ke arah pembangunan Ekonomi, kebajikan, peluang-peluang memajukan diri sebagai peniaga termasuk perakuanan, pembiayaan, peralatan dan pelbagai lagi yang boleh menggerakkan sebagai peniaga yang berdaya maju.


Kita dapat bayangkan perjuangan kita semasa berusaha mendapat lessen perniagaan, Pengiktirafan daripada MPPP untuk menjadi Penganjur Pasar Malam di jalan Tull dan di Tapak Pesta membuktikan kita mempunyai hubungan yang baik di peringkat Agensi kerajaan Tempatan. Sehingga terpinda garis panduan yang baik untuk membolehkan PPPMPP bergerak selaras dengan keadaan semasa.


Tak lupa juga PPPMPP yang sering bersama Dewan Perniagaan Melayu yang sering memberi perhatian yang serius membantu menyediakan Ruang Pejabat yang begitu sesuai bagi melincinkan pentadbiran PPPMPP. Ini semua berkat yang datang dari Allah dengan memberi keyakinan kepada semua pihak untuk turut serta membantu PPPMPP dari satu langkah ke satu langgkah.


Turut membantu PPPMPP agensi kerajaan yang menyediakan kemudahan pembiayaan kepada ahli PPPMPP seperti TEKUN, MARA, PERDA, ICU di mana sebahagian besar ahli PPPMPP dapat mengembangkan pernigaan masing-masing.


Hasil pengembelingan tenaga Jawatan kuasa PPPMPP meneroka dan mencari jalan bagaimana untuk merperlihatkan kebolehan, keupayaan ahli-ahli PPPMPP berniaga di tempat yang berskala besar seperti Perniagaan di Pesta Pulau Pinang telah mempamirkan akan kebolehan serta kemampuan ahli PPPMPP juga mampu berniaga di tempat yang grand (besar). Inilah manfaat serta keupayaan PPPMPP sentiasa berawasan demi meningkatkan keupayaan serta kebolehan orang pasar malam ke peringkat antarabangsa. Tahukah saudara dan saudari sekiranya masuk secara persendirian, mampukah ahli-ahli kita membayar pada harga yangtinggi iaitu RM5,000.00 - RM30,000.00 untuk mendapatkan tapak tersebut? Mungkin mampu tapi jumlah tak ramai.


PPPMPP juga cuba mengenengahkan kebolehan serta kemampuan ahli-ahli ke peringkat yang lebih besar seperti kita lihat IKON - Ikon kita padalam Majlis Makan Malam baru-baru ini. Seperti Abdul Rahman Harun mampu membuka 3 cawangan Restauran, Aziz Jaafar Membuka Restauran Awet Muda. Bermakna suatu hari lagi akan lebih ramai menonjol sebagai Peniaga Professional. Amin yarobal alamin.


PPPMPP juga tidak lupa akan peruntukan undang-undang PPPMPP iaitu mengutamakan kebajikan ahli-ahli PPPMPP kita memilih ibu tunggal yang kematian suami. Ahli-ahli yang kurang upaya dan insyaallah kita kalau diizinkan tuhan PPPMPP akan menyediakan biasiswa kepada anak-anak ahli PPPMPP yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Oleh itu saya menyeru agar mesyuarat agung pada kali ini, semua ahli mempunyai rasa tanggungjawab diri terhadap pendaftaran sebagai ahli PPPMPP. Maksud saya apa yang ada dalam peruntukkan perlembagaan PPPMPP kita kena patuh. Sekyen berapa Yuran, Seksyen berapa tanggungjawab untuk hadir ke mesyuarat agung, usul apa yang bermafaat untuk semua yng perlu dibawa, Kritikan yang berhemah tanpa emosional yang membolehkan kita sama-sama memperbaiki kelemahan. Iaitu mengkritik disamping memberi idea atau jalan penyelesaian. Bukan asyik kritik tapi tidak memberi kaedah untuk memperbaiki kelemahan yang wujud.


Walau apa pun kita wajib menjalankan tanggungjawab kita sebagai ahli PPPMPP. Ingat bahawa Jawatan kuasa pun berasal dari ahli biasa apabila diberi mandat menjadi Jawatankuasa. Kena bayaran yuran serupa juga. Cuma dari segi tanggungjawab agak lebih sikit, disamping menyara anak/ isteri mereka seperti ahli-ahli yang lain payung meja tapak perniagaan lebih kurang sama saja, juga mempunyai tanggungjawab ke atas semua ahli yng berdaftar dengan PPPMPP. Semakin besar jumlah ahli semakin besar tanggungjawab terhadap mereka. Mereka berkhidmat tanpa gaji, Ahli habis berniaga boleh balik tidur, Jawatankuasa pukul 1 dua pagi masih berbincang tentang peruntukan undang-undang. Mesyuarat bulanan, isu semasa, Mesyuarat Agung cadangan bagaimana nak memajukan ahli- ahli. kebajikan ahli-ahli masalah ahli, temujanji dengan agensi kerajaan dan swasta.


Alhamdullillah Allah mengizinkan PPPMPP mempunyai Jawatankuasa yang bertnggungjawab dan menunaikan tanggungjawab mengikut kemampuan serta kebolehan yang diberikan Allah kepada mereka.


Oleh itu apa yang penting ialah tanggungjawab kita mengikut peruntukan undang - undang adalah asas kepada kejayaan sesebuah organisasi seperti PPPMPP. Kita tak perlu lebih cerdik atau lebih pandai yng penting tanggungjawab kita semua terhadap peruntukkan yang sedia ada. Contohnya hadir ke Mesyuarat Agung. Membawa usul yang sesuai dengan keadaan masa dan kemampuan dan laksanakan apa yang diusulkan. Insyaallah pasti kita cemerlang. Very semple !!!!!


Saya sudahi dengan wabilalah hi taufik walhidayah.


Assalammualaikum.!!!!!







1 comment:

Aree Tone WoW said...

Semoga terus maju dan berjaya..insyallah