FIKIR-FIKIRKANLAH

Assalamulaikum.


 Semua catatan ini belum realiti tapi akan menjadi kenyataan sekiranya kita semua sedar!!!



PPPMPP

Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang

Apa akan berlaku sekiranya 3000 orang peniaga mendaftar sebagai ahli PPPMPP?

Yuran PPPMPP

Yuran bulanan PPPMPP akan bertambah. Seorang Ahli PPPMPP wajib membayar Yuran sebanyak RM 3 sebulan. Jumalah 3000 X RM3 = RM9000 sebulan.

Apa guna duit Yuran?

Kegunaan duit Yuran Bulanan adalah untuk bayar:

Sebulan

1. Sewa Pejabat RM350.00

2. Bayar Bil eletrik/bil air RM100.00

3. Bil Tel/Fax RM 60.00

4. Perbelanjaan alat tulis RM300.00

5. Perbelanjaan lain RM200.00



Apa guna duit lebih tersebut?

Kita utamakan soal kebajikan: Sakit, kemalangan atau kematian:



1. Sakit RM100-RM 500

2. Kemalangan /tengok pada serius RM 500

3. Kematian RM 2000



Jika ada lebih lagi duit itu nak dibawa ke mana?

Kita bantu ahli-ahli yang ada kebolehan berniaga di tempat-tempat yang lebih besar seperti di Pesta Pulau Pinang – Expo Seberang Jaya – MAHA dan pelbagai promosi dengan kos tapak perniagaan akan diberi pada harga berpatutan. (Kadar RM700 – 1000 satu tapak) mengikut kadar semasa.

Cubaan kali pertama pada tahun 2010 kepada ahli-ahli PPPMPP telah berjaya membawa ahli PPPMPP ke Pesta Pulau Pinang.

Apa lagi yang boleh kita rencana kepada ahli PPPMPP?



Kita boleh tropong ahli-ahli yang mampu agar terlibat dalam IKS. Sebenarnya ramai daripada ahli kita berbakat dalam mengeluarkan produk sendiri contohnya Kopi Zeko. Perencah Ayam ala KFC (KFZ). Oleh itu kita ketengahkan mereka ini ke peringkat yang lebih tinggi.

Kita lihat lagi benda-benda yang patut kita buat:

Jabatan perikanan Malaysia juga sedang mencari pengusaha yang boleh memperbagaikan produk berasaskan ikan laut dan darat yang berpotensi tinggi. Oleh itu kita patut mengambil bahagian dalam hal ini



Apa lagi?

Jika kita mahu mengikuti kursus, pelbagai kursus daripada Jabatan kerajaan seperti Perakaunan diberi percuma daripada ICU Jabatan Perdana Menteri. Pemperosesan makanan daripada PERDA. PEMbiayaan daripada TEKUN, PDC dan juga bank-bank Perdagangan BSN,



Lagi



Kita tubuhkan KOPERASI PPPMPP inilah matlamat akhir kita kerana tiada jalan lain yang dapat membantu kita untuk mendapat imbohan selain daripada KOPERASI.

Sebenarnya kalau semua ahli PPPMPP sedar bahawa melalui cara inilah kita boleh kawal harga agar perniagaan kita tak terkonkong oleh pengeluar/ pembekal yang cekik darah. Mula-mula mereka umpan kita dengan harga yang murah kemudian mereka naikkan gila-gila tapi orang Melayu masih tak sedar juga!!! .

Sebenarnya beli pada orang Melayu mahal pun tak apa daripada kita beli daripada pencekik darah. Ini adalah tektik manipulasi daripada sistem kapitalis. Cuba amalkan sifat akad jual beli secara sah. Ini akan membantu EKONOMI sejagat. PERcayaLAH wahai orang MELAYU.

Apa yang dulu orang Melayu ada tapi sekarang telah buang?

1. Sistem Gotong royong. Kalau ada kenduri ada orang bawa beras, bawa gula dan sebagainya.

2. Kalau nak tanam padi ada sistem DERAU

3. Kendruri (semua pakai buff e ) tolak yang hidang-hidang

4. Dulu tanam sayur, bela ayam kampung tepi rumah lani beli di market (sayur banyak keracunan, ayam makan dedak dan disuntik hormon banyak mengundang penyakit. Sebab itulah bayak penyakit misteri.

5. Dulu kenal jenis-jenis pokok yang boleh jadi ubat sekarang dah tak kenal pokok tu lagi. (Kucing pun tahu cari pucuk rumput yang boleh membuang keracunan dalam perutnya cuba lihat bila kucing muntah pastikan ada seurat rumput dalam muntahannya)

Apa yang tercatat di sini sebagai renungan kenapa Melayu sekarang begini jadinya.




 
Sebab apa saya katakan ekonomi ini penting atau landasan yang perlu kita sama-sama berjuang untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan kita.

Sebab utama saya lihat kenapa kita diwajibkan membayar zakat. Zakat ini boleh membantu umat islam menjadi kuat dan teguh sebab ia diwajibkan keatas orang yang mampu menyumbang Ekonomi umat islam sejagat meneruskan sisa-sisa kehidupan kita. Sebab bukan semua umat Islam mampu atau kaya-raya. Jadi sumber zakat tadi membantu orang -orang miskin tadi menjadi setaraf dengan masyarakat yang berilmuan,anak-anak terjaga, suami isteri tak bersengketa, rakyat tak memberontak kerana hidup tidak tertekan dengan keadaan... aman dan boleh berfikir dengan tenang apabila ditimpa sesutu masaalah. Sebab semuanya sudah menjadi mampu. Sebab sikaya dah tolong si miskin .. so seolah-olah tiada siapa yang miskin..  Sebab itu semasa perasmian kursus TEKUN ada salah seorang wakil rakyat dari golongan wanita Y.B Telok Bahang mengatakan bahawa "kalau kita nak berniaga ,kita berniaga sampai jadi kaya baru kita boleh bagi zakat dan bantu orang lain yang susah (miskin)". Saya ingat sampai sekarang.

Dalam hal ini saya ingin meluahkan Idea agar kita semua khususnya ahli PPPMPP mencari satu jalan dimana kita perlu memperkukuhkan perniagaan kita. Cara nak memperkukuhkan perniagaan kita ialah bagaimana kita nak memperlakukan barangan yang kita jual. Memamng tak boleh nak dielakan jika kita tidak menumpukan dari segi kaedah promosi.. atau iklan.. jadi semuanya melibatkan kos... jadi salah satu cara untuk menampung kos ini saya berharap ahli PPPMPP menyumbang kepada saya bagi memperkuat sistem promsi barangan anda.. saya tak minta duit tapi saya mohon agar tuan/puan yang ada surat khabar lama,buku-buku lama berilah sumbangan kepada saya untuk membiayaai kos yang terpaksa saya tumpukan masa , wang ringgit, tenaga saya nak bagi semua ahli PPPMPP menikmati bersama hasil usaha saya mempromosikan produk anda..  anda boleh bilang daripada 24 juta penduduk di Malaysia berapa orang Melayu boleh iklan produk mereka di TV dan media massa yang lain.. boleh bilang dengan jari.. tapi kalau tuan-puan semua bantu insyallah saya boleh promosi dalam semua media massa.

Jadi kalau sesiapa nak hulur sumbangan kepada saya hubungi saya 0164313244 ..bukan minta duit .. tapi paper lama atau tin-tin minuman yang telah digunakan sajeee.......!!!!!




Assalammualaikum. Kali ini saya membicarakan bagaimana kita dapat mengelakan atau mengurangkan gejala kena tipu....... Sebenarnya kita tidak dapat mengelakkan diri daripada kena tipu apabila kita berurusan dengan aktiviti harian. Lebih lebih lagi perniagaan kita melibatkan dengan perniagaan atau apabila kita memperbaiki kenderaan atau barangan elektrik. Pernah seoarang kawan saya menceritakan bagaimana seorang forman kereta mengenakan caj begitu tinggi terhadap kereta yang dibaiki oleh seorang Melayu hanya memperbaiki suiz automatic pintunya. Kalau saya kantakan mungkin anda tak percaya cajnya adalah sebanyak RM32 ribu.... kereta Alfaromeo ...ayo..yo boleh bayar cash kereta proton baru lo .. sedangkan fius box tadi dia pun tak tau repair dia hanya bawa kotak itu pergi kedai memperbaiki TV sebab banyak menggunakan barangan elekronik tia mana tau repair barangan eletronik itu formen. Itu kedai baru caj RM50 sedangan orang kita kena bayar RM32k. Sekali dia tipu berbaloi....

Itulah saya selalu nasihat kawan-kawan kita supaya jangan percaya bulat-bulat kepada formenni.. sekurang kurangnya asas elektrik ,asas kehidupan harian dan pelbagai asas lagi kita perlu tau... serupalah kau kita bulat-bulat percaya anak kita boleh baca buku bila dah hantar pi tadika sebab kita harap dia dapat baca buku tapi sudah 2 tahun hantar tak retireti baca buku masa/ duit, kita berulang alik ke tadika apa hasilnya?...



Walaubagaimana pun kalau kita ada asas nak baca buku cepat fahamilah perangai mereka dan berilah asas seperti huruf berbunyi dan tak berbunyi pasti tak sampai dua bulan dia dah pandai baca buku...

MACAMANA NAK BAGI MELAYU NI SENANG

Saya tak dapat membicarakan atitut (perangai orang luar daripada Pulau Pinang) sebab di kepala saya anggap orang Johor, Perak,Selangor berjiwa membantu orang Melayu. Maksud saya ada kawan saya dari  Kelantan pergi menjual produk minyak angin di Johor, Kata dia dia syok tengok kuasa membeli orang Johor, sebab kita jual apa pun laku. Walau pun minyak angin tu mereka tak guna pun mereka ajak kawan-kawan mereka beli dan kumpul barang tersebut  di satu tempat dan buat pameran sahaja di atas meja mereka.

Kita balik pula cerita di Pulau Pinang. Orang Melayu di sini suka beli barang murah-murah... kadang-kadang buat tawar menawar sampai 1 sen pun peniaga tak untung. Berapa lama peniaga tu boleh tahan asyik nak tawar sampai kawan yang berniaga angkat bungkus.

Orang Melayu Pulau Pinang sebenarnya tak boleh jual barang murah sangat, kesihanilah peniaga-peniaga tu sebab dia beli bahan mentah pun dah mahal-mahal macam mana nak jual murah. Last-last sekali dia beli dekat Cina sebab cina boleh jual murah murah. Pemikiran macamni kena kikis sebab mahal atau murah hanya ukuran semasa. Kita dok biasa beli gula RM1.90 sekarang katakan harga gula tu tak akan turun lagi maka kita sudah biasa bahawa gula itu memang macamtu punya harga dia tak akan patah balik RM0.60 seperti tahun 60an. 

Saya dok tengok kenapa orang melayu sukar beli rumah RM300k -RM500k di Pulau Pinang. Salah satu sebabnya orang Penang nak beli sumua yang murah-murah, susahlah nak dapat. Berapa bungkus  nasi lemak yang perlu dijual oleh peniaga di tepi jalan untuk nak bayar bulanan RM3000 tu. Untung  hasil perniagaan sebanyak RM20-30  tu, memang pi kut celah gigi sahaja.

Melayu di sini patut bayar lebih apabila membeli sesuatu barang daripada orang Melayu. Jangan suka tawar menawar sangat sehingga duit nak isi minyak kereta peniaga itu pun tak lepas.
Penglaman saya semasa membekal plastik beg kepada peniaga-peniaga Pasar Malam dengan niat nak bagi tabung perstuan lebih sikit boleh lah digunakan untuk aktiviti kebajikan jika untung. Tapi malangnya pada masa saya jalan projek tu harga minyak naik terlalu tinggi menyebabkan harga plastik beg melambung tinggi sudah tentu saya yang baru masuk nak bagi harga sama dengan apek yang sebelum ini dok bekal kepada peniaga-peniaga pasar malam tu tak boleh. Apek tu pandai tak tak naikkan harga plastik tapi dia kurangkan timbangan. Saya tak mampulah nak bagi kurangkan timbangan sebab nak pek semula tu bukan satukerja yang mudah. Bunyi pun beli dekat orang Melayuni mahal lebih baik beli dekat cina. Jadi saya pun bungkusla. Saya sanggup pinjam bank sebanyak RM 21k nak bantu tabung persatuan tapi hutang kena bayar orang melayu tak beli barang saya jadi saya angkat bungkus.Selama 5 tahun saya kena menadap bank.. Sebab plasti bag tak untung banyak RM1 baru dapat 0.15 sahaja, sekuarang-kurangnya saya kena jual RM600 keatas sehari. Tapi jualan sekadar RM 60- 300 sehari. Habis macamana tak angkat bungkus.

CARA MUDAH NAK MEMINJAM DARIPADA BANK
Sebelum saya meneruskan bicara ini saya nak suruh anda rujuk pada macamana orang-orang cina berniaga pastinya mereka semua memiliki prasyarat yang dikehendaki oleh bank. Jadi anda yang sudah berpuluh tahun berniaga mesti memiliki itu semua seperti orang cina miliki.

1.Pendaftaran Perniagaan SSM

2. Akaun Bank (A.k semasa /cek)

3. Penyata bank sekurang-kurang 3 bulan-6 bulan

4. Borang B incometax

5. Lesen Perniagaan ( MPPP/ MPSP)

6. Jika anda sudah mempunyai kad kredit lebih daripada 1 tahun.

Jangan takut nak bayar incometax, beerti anda benar-benar seorang peniaga yang sejati yang mampu bayar hutang. Kalau tidak bank nak percaya macamana?

Perkara di atas sebenarnya adalah syarat untuk menjadi kawan baik bank.

Baiklah anda sudah memiliki itu semua tetapi belum lagi melepasi syarat yang cukup sebab bank juga akan melihat transaction acc anda biasanya sebulan anda kena buat aliran masuk keluar sebanyak RM 20k untuk melepasi prasyarat membuat pinjaman, baru bank percaya... tapi tak usah risau anda kumpulkan satu tempat perbelanjaan apa pun anda buat transaction sebanyak RM 800 sehari selama 30 puluh hari darap 6 bulan sudah tentu melepasi syarat tersebut. Lepas tu kalau boleh ada balance RM2k-RM5k penghujung bulan lagi cantik.

Mungkin anda akan katakan kalau aku dah ada duit buat apa aku nak pinjam.. Nak pinjam biarlah waktu anda benar-benar memerlukan seperti penambahan stok atau keperluan berniaga. Kalau tidak lebih baik jangan pinjam... Jangan buat angan-angan dahulu nanti dapat duit lain jadinya... hutang tak boleh bayar nama blacklist siapa yang susah. Atur strategi elok-elok biarlah duit itu akan menjadi 3 X ganda yang anda akan dapat. Sebab jika anda kaji betul-betul tahun pertama dan kedua itu baru bayar duit interest.. silap-silap tak sampai 1 tahun duit anda akan habis..


Bagaimana cara Masyarakat cina berniaga  ?
Daripada pengamatan saya masyarakat kaum cina di Malaysia memamng arif dalam perniagaan. Oleh itu apa yang dilakukan oleh mereka yang baik perlu diteladani oleh peniaga Melayu. Contohnya setiap peniagana cina mereka mempunyai akaun semasa dalam menjalani urusan perniagaan, begitu juga tempat tapak perniagaan, pendaftaran perniagaan lesen dan sebagainya. Kecil atau besar perniagaan mereka tetap mempunyai asas keperluan tersebut bagi menjalani perniagaan mereka.
Kenapa kita lihat anak-anak mereka begitu cekap dalam matematik jika dibandingkan dengan anak melayu. Sebenarnya ini adalah asas bagi seseorang yang ingin menceburi bidang perniagaan. Sebab melalui kecekapan ini mereka boleh mengolahkan bagaimana barangan yang dijual pada keuntungan yang kecil mampu memperolehi pendapatan yang besar. Kita ambil contoh mancis api. 1 kotak harganya tidak sampai 20 sen tetapi mancis api masih lagi dijual sejak saya belum masuk sekolah lagi hingga sekarang. 1 kotak mancis mungkin untuk 5 sen tapi sekali perjalanan dari urata ke selatan dari barat ke timur berapa juta kotak dalam sebulan.
Begitu juga kalau kita lihat penanam sayur mereka boleh target sayur jenis apa perlu ditanam di musim cuti sekolah. Te ntulah timun atau cabai menjadi permintaan tinggi sebab ramai orang buat kenduri. Harga timun dan cabai harganya cukup tinggi. Mereka sudah boleh baca anggaran pendapatan mereka mengikut keluasan tapak tanaman mereka.

Begitu juga kalau mereka memperbaiki motosikal datanglah berapa orang yang moto mereka rosak mereka boleh memperbaiki. Kebanyakan pormen kita akan berkata oh tiada masa.. tak sempat!!!!!! dan sebagain
kalau 1 jam mereka boleh tukar 10 tayar motor memperolehi RM30 mereka, 1 hari 8 jam sudah R M240 untung sahaja.

Sambung lagi........

CERITA 30 TAHUN DULU MACAMANA CINA BERNIAGA

Semasa saya duduk di kampug dulu saya tahu orang2 cina selalu masuk kampung2 Melayu untuk beli ayam kampung termasuklah keluarga saya sendiri pun pernah tangkap ayam siap-siap untuk dijual kepada si apek yang pesan nak beli ayam kampung. Mereka datang dengan motosikal dan bawa sekali alat timbang yang jenis lama yg guna kayu dan talitu, seekor ayam lebih kurang RM6. Dia orang balik kurung (bela) lepestu jual pula pada sesiapa yang nak makan ayam kampung Rm10 atau RM12 seekor. Begitu juga mereka masuk kampung beli rambutan, beli rebung dan sebagainya. Biasa beli rebung bayar pada mak saya RM1.20 tapi bila dia bawa balik dia jual dapat hampir RM30.


Cerita ini hampir 30 tahun yag lalu. Masa tu nak jumpa restauran melayu pun boleh bilang dengan jari. Nak makan pun terpasa cari restauran mamak aje. Mee Gorengke apa goreng ke mamak punya stye le.

Sekarang ni peniaga cina yang sewatu dengan usia 25 tahun tu dah miliki rumah batu kereta besar.takla cari ayam di kampung lagi.



Maksud yang saya nak cerita di sini dulu peniaga cina ni berniaga di tepi jalan macam orang melayu berniaga la. Sebab orang melayu sering melewatkan aktiviti mereka dalam perniagaan maka tak boleh nak seiring dengan mereka. Dulu mana ada Majlis Bandaran yang masuk bertugas seperti sekarang. Ada lesen ke tak ada lesenke boleh pederas kot tepi jalan aje.



Maksud yg saya nak cerita di sini dulu peniaga cina ni berniaga di tepi jalan macam orang melayu berniaga la. Sebab orang melayu sering melewatkan aktiviti mereka dalam perniagaan maka tak boleh nak seiring dgn mereka. Dulu mana ada Majlis Bandaran yang masuk bertugas seperti sekarang. Ada lesen ke tak ada lesenke boleh pederas kot tepi jalan aje. Tak ada le Gerai yang dibuat oleh majlis perbandaran ke atau majlis daerah.



Sekarang ni kalau nak berniaga penuh degan seribu syarat... dari syarat . ..Syarat itulah menyebabkan kebanyakkan orang melayu tak tahan modal. Sebab itulah 1 tahun atau 2 tahun berniaga lepastu tengok bungkus. Jenama Periuk besar ke periuk kecil ke tak boleh tahan. Mee special tak specialke.. masakan kampung ke pekan ke dah tak nampak kedai. Sewa tinggi, kena patuh itu.. ini..bahan mentah mahal. buat loan minta tahun ini tahun depan baru dapat jadi semua menghala ke tak jadi .. maka nak maju kekal atau kembangkan sayap dah tak boleh. Maka ramai lah yg cop Melayu kalau berniaga macamtule..