Thursday, October 27, 2011

Selamat Datang Kepada Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Assalammualaikum.
Pihak PPPMPP mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pihak Politeknik Taunku Sultanah Bahiyah kerna berjaya mewujudkan Program Gerak Usahawan yang mana telah menhantar seramai 30 pelatih dari pusat pengajian tersebut untuk menjalani latihan sebenar berniaga di Pasar malam. Semoga langkah pertama ini akan menjadikan kesinambungan untuk pelajar menghayati serta membuat kajian tentang pembangunan Ekonomi yang dijanakan oleh peniaga pasar malam terhadap Ekonomi Negara. Semoga dengan kajian yang dijalankan dapat membantu perkembangan serta kemajuan Ekonomi Pniaga Pasar Malam itu sendiri. Kajian yang menyeluruh bakal menghasilkan jawaban bahawa kalau ditumpukan betul-betul pelbagai bentuk peluang untuk membangunkan sektor Ekonomi kerana kita lihat bahawa pelbagai lapisan dan pelbagai keperluan terdapat di pasar Malam. Contohnya    dari segi pendidikan di pasar malam terdapat buku dan Vcd yang sesuai untuk perkembangan minda kanak-kanak, terdapat VCD dan buku panduan tentang Agama Yasin- AlQuran, panduan sembahyang dan lain-lain kitab yang boleh menjadikan garis panduan untuk hidup. Begitu juga dari segi kesihatan ada produk kesihatan, makanan, sayura-sayuran, ikan, ayam , daging peralatan dapur, jual rumah, perkhidmatan dan pelbagai lagi yang merupakan seolah-olah pasaraya bergerak yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak.









1 comment:

Aree Tone WoW said...

Rasanye ramai yang x pasan ujudnya blog ni...