Tuesday, November 1, 2011

TRANSFORMASI EKONOMI PPPMPP

ASALAMMUALAIKUM . Buat pengunjung blog ini kami telah melangkah beberapa langkah ke hadapan untuk memaju serta menaiktarafkan ahli PPPMPP ke peringkat yang lebih profesional dan efisyen . Di antaranya PPPMPP telah mereformasikan ialah system pentadbiran dengan melengkapkan kemudahan dalam system pentadbiran seperti penggunaan IT computer PC dan computer riba. PPPMPP juga telah meminda garis panduan serta undang-undang yang bersesuaian dengan keadaan semasa, mempertingkatkan aktiviti PPPMPP dengan dengan bekerjasama dengan pihak Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang dalam pelbagai aspek termasuk hubungan dua hala yang boleh memberi manfaat untuk kesejahteraan ahli PPPMPP.
PPPMPP telah mempunyai Duta kepada Dewan perniagaan Melayu iaitu Encik Mat Jamil Saad yang sentiasa memberi perhatian terhadap gerak kerja serta hubungan dengan pelbagai pihak dalam ushasa mengemaskinikan serta mempertingkatkan imej PPPMPP di mata dunia dengan mengadakan kerjasama dengan pelbagai agensi termasuk kerajaan dan swasta demi memberi peluang untuk memajukan ekonomi ahli PPPMPP

Terkini PPPMPP telah mendapat perhatian daripada pihak IPT iaitu PROGRAM GERAK USAHAWAN yang telah diplopuri oleh Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di mana pelajar dari IPT tersebut telah menjalani latihan perniagaan di pasar malam Sungai Batu dan Sungai Ara. Usaha murni ini patut diteruskan lagi sebagai usaha meningkatkan imej PPPMPP serta PENJANAAN EKONOMI YANG TERBESAR BAGI ORANG MELAYU PULAU PINAG kerana PPPMPP menjangkakan bahawa suatu masa nanti Perniagaan Pasar Malam Bakal mencipta sejarah dalam usaha menjana serta memberi sumbangan yang besar terhadap ekonomi negara. Dijangkakan sehingga RM500juta setahun.
PPPMPP juga telah melangkah dengan begitu pantas dalam usaha memajukan peniaga-peniaga pasar malam kepada perniagaan yang berkala besar seperti menempatkan mereka di Pesta Pulau Pinang dengan kerjasama kuat Jawatankuasa yang diketuai oleh Encik Fizal Abdullah.
Usaha ini tidak berhenti di situ sahaja. Kini PPPMPP mengorak langkah dengan dengan mewujudkan website khusus untuk membantu ahli PPPMPP mempromosikan produk PPPMPP, usaha ini diketuai oleh Encik Abu Kasim Bakar melalui PUSAT PROMOSI PRODUK PPPMPP di www.pppmppiklan.blogspot.com . Matlamat dan tujuan website ini diwujudkan adalah untuk mempromosi produk ahli PPPMPP di mata dunia. Lebih 500 produk daripada ahli PPPMPP akan dipromosikan melalui website di atas. “Pasar Malam Bajet Pilihan 1Malaysia” PPPMPP melihat usaha ini adalah bertepatan kerana ahli PPPMPP telah mencecah lebih 600 orang kini mampu menembusi pasaran antarabangsa. Kebolehan serta kemampuan ahli sehingga memiliki 3 cawangan Restauran seperti Encik Abdul Rahman Harun (Awang Coo) Encik Mat Nor Saad dan beberapa ahli lain yang mampu meneluarkan Produk IKS seperti KOPI ZEKO oleh Mohd Zaki Saad patut kita dibanggakan. Semoga dengan wujudnya medan Promosi ini PPPMPP dapat menjulng Ekonomi Negara seperti yang dihsratkan oleh semua pihak.


No comments: