Sunday, May 19, 2013

MESYUARAT AGUNG PPPMPP KALI KE 12 15 JUN 2013 DI DEWAN PANORAMA JALAN PANTAI BERSIH BAGAN AJAM BUTTERWORTH 9.30 AM

Assalammualaikum waraohmatulalah hiwabarokatuh.

Bertemu kita kembali untuk kali ke 12 AGM kita. Pada kali ini kita berpeluang untuk mengadakan AGM kita di Seberang Perai. Semoga pada kali ini kita berada di Ijazah peringkat tertinggi kerana kita telah melalui liku-liku perniagaan pasar malam melalui PPPMPP sudah 12 tahun. Apa tidaknya kerana terdapat ahli-ahli kita yang berdagang terus ke negara China. Masing-masing ahli PPPMPP mempunyai website sendiri untuk mempromosikan produk masing -masing. So tak hebat lagi ke? Tetapi ingin saya tekankan di sini ialah masih lagi kita semua harus memikirkan dan bertindak selaras dengan keadaan semasa kerana inilah akan menjadi kita kuat terutama dalam Ekonomi Melayu Pulau Pinang.
Sudah bertahun-tahun lamanya saya memerah otak membuktikan bahawa ahli PPPMPP ini harus mencari jalan bagaimana untuk satukan Ekonomi kita sebagai 1 landasan untuk melihat kekukuhan kita dalam soal sosial, Pelajaran (ilmu) anak-anak kita, agama dan ukwah kita.

Pada pengamatan saya kita sering menghambat sesuatu yang tak pasti maksud saya kita mengejar jualan yang banyak agar keuntungan lebih banyak pada hal apabila kita menghitung mengunakan caculator banyak kos-kos yang tak dapat kita tampung. Mungkin kita dibebani dengan hutang pada setaiap hari.
Tetapi sekiranya kita bersatu seperti mengelakkan belian bahan mentah dari Market, dari Pasar Raya dari pembekal yang selalu cekik darah atau yang selalu mengunakan sistem timbangan yang tidak betul kepada amalan membeli melalui KOPERASI YANG BAKAL KITA TUBUHKAN kita dapat menyelamatkan kos belian bahan mentah untuk menarikan balik keuntungan yang bakal pergi di pasaran luar seperti Market atau pasaraya yang sering kita lihat harga bahan mentah tidak selalu stabil.  
Tahukah anda kalau kita tak membeli bahan mentah melalui pasaraya atau market, kenaikan harga di sana tidak akan menjejaskan kos bahan mentah kita? Walaupun harga ayam, harga sayuran, harga buah-buahan  melabung naik tetapi keadaan harga koperasi tetap terkawal kalau kita sendiri membeli melalui KOPERASIyang ditadbir  dengan betul.

Perkara ini amatlah penting bukan setakat kita dapat mengawal kos harga bahan mentah, malah kau kita renung betul betul banyak manafaatnya kalau kita tubuhkan Koperasi.
1. Nilai Pelaburan kita akan naik. Contohnya saham kita RM100 kalau 10 % akan menjadi jumlah RM200 untuk 10 tahun. bayangkan kalau kita dah gunakan duit itu untuk membeli bahan mentah kenaikan 20% sehari bermakna kita dah susut RM20 Nilai bahan mentah dah menjadi RM80 , 5 hari sahaja dah jadi 0 nilainya. Kerap kali, ini akan berlaku baragan runcit, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tapi kalau kita tak pernah beli di Market atau di pasaraya bermakna nilai belian barangan tersebut tetap RM100. Sebatulah kita tengok orang melayu berniaga cukup laku tetapi bila dikira pada keuntungan sebenarnya (- ). Apabila dikira perbelajaan bil elektrik. Perbelajaan anak sekolah, bayaran bulanan kereta, rumah, alat-alat eletrik masing-masing tengelam punca apabila melihat bil tertunggak bayaran bulanan tertunggak. Saya rasa 95% penulisan saya ini akan menusuk difikiran tuan-tuan dan puan-puan.

2.Tuan/puan pernah tak membeli barangan keperluan seperti untuk menyedia resepi makanan untuk dijual, tetapi timbangannya tidak cukup? Ini pernah berlaku pada saya membeli 1 kg majerin untuk jagung saya, tetapi bila diletakkan atas penimbang didapati terkurang 50g. Katakan 50g tadi memang secukup rasa tapi bila kurang 50g beerti citarasa dah lari sedangkan kita bayar harga untuk 1kg buka950g. Berapa ramai yang sedar perkara ini berlaku? Bila masakan kita jadi tak sedap maka pelanggan kita pun kurang.
3. Begitulah kalau anda pergi beli udang atau ikan, bayar harga 10kg tapi berat ikan tak sampai 10kg. Bolehkah anda untung mengikut kadar sebenar?
4. Dividen. Semua orang tahu bahada setiap tahun mana-mana koperasi yang aktif akan ada mesyuarat agung dan bentangkan agihan keuntungan. Kalau di pasaraya atau market kita dapat tak agihan keuntungan ini Jawabannya anda pun tahu.
5. Apabila kita menubuhkan Koperasi beerti dapat dapat dana atau bantuan kerajaan, secara tak langsung, kita dapat membeli sesuatu bahan mentah secara pukal. Beerti akalau kita beli 10 kg bawang 25 ringgit mungkin kalau kita beli  1 tan berharga RM1600 sahaja beerti 10 kg hanya perlu bayar RM16 sahaja bukan RM25. Begitu juga dengan harha brangan lain ,tentu boleh jimat. Asalkan kita beli di Koperasi tapi elakkan daripada membeli di pasaran luar.

6. Cuba kita tengok Formula ini. Untung 50 sen kepada Koperasi  dengan 3000 peniaga pasar malam membeli beerti RM1500 sehari. Tapi kalu beli diluar (-) RM1500 x 30 hari = RM45 ribu sebulan x 12 bulan beerti =RM540000.00 setahun. Keuntnagan ini dibahagi 3000orang ahli = 180 setahun dividen. Tapi takkan kita nak beli pada keuntungan 50 sen sahaja sedangkan berpuluh ringgit kita beli di pasar atau pasaraya. tentulah diveden akan menjangkau RM500 atau RM1000 setiap tahun.
Itu baru dilihat Keuntungan pada  Koperasi tetapi belum dikira pada individu yang membeli bahan mentah yang murah di Koperasi.

Jadi sebagai kesimpulannya segala keuntunganyang lebih akan menyelesaikan perkara asa seperti byaran bulan kenderaan, rumah , alat-alat elekrik dan bil-bil tertunggak. Mampu memberi duit poket kepada anak yang masih belajar di institusi pengajian tinggi, dapat simpan untuk haji dan umarah. Hidup kita akan aman dapat dapat menunaikan tanggungjawab kita pada ALLAH dengan mengeluarkan zakat dan sebagainya.

Beli melalui koperasi untung boleh agihkan kepada ahli,tetapi beli di pasaraya ,mereka tak akan agihkan kepada kita.
Biarlah matlamat terakhir kita adalah KOPERASI terlaksana. Insaallah Ekonomi kita menjulang tinggi.

Pesanan saya untuk AGM ini ialah sila tulis usul 1 minggu sebelum Mesyuarat Agung PPPMPP iaitu sebelum 8 Jun 2013 bagi memudahkan usul dibahaskan di hari AGM nanti. Ingat juga bahawa kehadiran AGM adalah wajib setiap ahli yang telah berdaftar dengan PPPMPP. Jadikan kita ahli yang sedar akan tanggungjawab masing-masing. Usahlah lahir pertanyaan apa yang PPPMPP boleh bagi tapi usul-usul yang diberi adalah asas untuk apa yang ahli mahu mengikut perlembagaan persatuan. Perlembagaan adalah untuk kebaikan semua.





No comments: