Sunday, August 14, 2016

Bagaimana Peniaga - peniaga mencari untung?


      
 BERBUAL DENGAN MAK CIK JUAL SAYUR.
  Saya pernah bertemu bual dengan beberapa peniaga pasar malam dan peniaga runcit di sekitar Pulau Pinang. Saya tertarik dengan seorang Mak Cik berniaga sayur di Pasar Malam Bukit Gedung. Saya tanya dia , " Makcik sebelum ni meniaga kat mana"? Mak cik rata-rata pi ,  pasar tani, pekan hari pasar malam kot Kedah tu. Malam ni saja Makcik Maai meniaga  sini , kebetulan ada tempat makcik dok tang ni!
           Ni sayur (serai) ni kalau tak habis jual harini makcik buat apa?  Mak Cik balik tanamla. Dua tiga bulan nanti boleh jual lagi.

             Saya berbual lagi. Mak Cik tengok seorang Cina di tempat jual buah Dokong, Tak habis buah , dia balik semai buah tu dia tanam . La ni dia Kaya.

Jadi dari perbualan di atas kita tahu bagaimana kita nak jana pendapatan hasil perniagaan kita yang x habistu.

BERBUAL DENGAN MAMAK KEDAI RUNCIT

U tengok kedai kita dulu kecik saja. Tapi sekarang barang sudah penuh. Meniaga macamnilah Bang kita topup barang sikit-sikit , jual untung kita beli tambah lagi, untung tambah lagi. Lama-lama penuh kedai. Bila penuh macamni duit akan beranak dengan sendiri. So kita boleh majula.

KITA TENGOK BANGLA PULA MACAMANA DEPA BERNIAGA

Abang !! Kita orang ada ladang sayur di Balik Pulau dan Jawi sana bang.!
Kita pi hantar sana Perangin Road sama Bukit Mertajam.
Kita orang bangla pun ada buka kedai runcit di Batu Maung sama dekat Komtar. Kita orang sapot kita orang. Orang Bangla banyak makan sayur.
Diceritakan bahawa kumpulan mereka tidak membeli di kedai mereka , mereka akan dipukul. Dahsyat depa. Punya nak bagi kaum depa maju.

Jadi banyak kesimpulan yang kita boleh buat dari cerita-cerita di atas.

JIKA ADA PEKERJA ASING DI TEMPAT ANDA CUBA KLIK DI http://dataykkm.blogspot.my  


No comments: