Monday, March 7, 2016

PPPMPP DULU KINI

PEJABAT PPPMPP 14 TAHUN DULU
PEJABAT PPPMPP


Tahukah anda bahawa sebelum PPPMPP berada ditahab sekarang inilah pejabat yang banyak berjasa dan banyak mencipta sejarah. Bangunan usang ini yang tanpa tandas , bilik air telah melahirkan Pelapis-pelapis Jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pasar malam seluruh Pulau Pinang. 

          Dari Pejabat inilah wujud Biro-Biro yang banyak membantu soal kebajikan ahli-ahli PPPMPP ada yang sakit, ditimpa kemalangan, Mati semuanya dirujuk di Pejabat Buruk ini.
Soal Pengesahan anak sekolah atau melanjutkan ke universiti semuanya dibuat di sini.
segala masalah yang menimpa di pasar malam seperti Notis Penutupan Pasar Malam  Mahsuri, Pasar Malam Sunway Tunas, Seberang Jaya semuanya keputusan di sini.
           Membantu ahli-ahli dalam usaha mendapatkan dana-dana kerajaan, pinjaman geran dan sebagainya kepada ahli yang berdaftar dengan PPPMPP. Lawatan sambil belajar ke Melaka dan sebagainya.
Oleh itu kita sebagai ahli PPPMPP harus mengenang Jasa mereka yang telah lama berkhidmat dengan PPPMPP.
           PPPMPP telah tersohor dimerata corok dan kawasan. Pernah ke Puterajaya dalam KONVENSYEN PENJAJA.


HJ ALIAS BIN ALI
KETUA PENGARAH URUSAN JERUK PAK ALI

Pasti seluruh Malaysia mengenali siapa gambar di atas. Inilah Model atau Icon Usahawan pasar malam  yang telah mencipta sejarah bahawa terdapat usahawan yang wujud dari kalangan peniaga pasar m
alam. Beliau kini telah bergelar JUTAWAN.


             Di mana-mana ceramahnya beliau menceritakan tentang pembelajarannya adalah di Universiti Pasar Malam (UPM) telah membuatkannya menjadi seorang JUTAWAN yang berjaya.
Beliau telah memberi beberapa TIPS untuk kita semua boleh berjaya.

1. JAGA IBU BAPA KITA. Kalau kita berniaga bepuluh ribu sebulan tapi kalau kita tidak memberi perhatian kepada kedua ibu bapa kita. Hasil perniagaan kita tidak diberkati. Beliau menberi contoh Dulu Boon Seow adalah rakan seperjuangan dengan arwah bapanya dalam usaha menjalankan operasi YELLOW BUS BOON SEOW DRIVER BUS MANAKALA PAK ALI KONDAKTOR BUS.
Suatu hari bapanya memerlukan pertolongan Boon Seow agak keberatan namun Boon Seow memaklumkan kepada ibunya. Oleh kerana ibunya memberioon Seow terpaksa mengikut suruhan ibunya. (andainya tersilap) cerita ni minta maaf.
2. Kena selalu bersedekah / derma. Paling mudah ialah pergi ambil no account  bil air atau bil eletrik pergi bayar senyap-senyap , pahala banyak sebab yang pergi mengambil wuduk dan mengunakan kipas angin memberi keselesaan kepada jemaah di masjid tersebut.
insyaalah apa yang kita lakukan seperti di atas akan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah.

AKTIVITI TERKINI 

SEMASA MESYUARAT AGUNG KALI KE 14

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN PPPMPP
Allhamdulillah PPPMPP berjaya mengadakan Kenduri Kesyukuran di Masjid Mokhbol Teluk Kumbar. Hasil kerjasama semua  pihak dan sumbangan ikhlas daripaganda Jawatankuasa walaupun kewangan agak terhad namun gandingan semua pihak majlis ini meriah.
        Dalam majlis ini PPPMPP menjemput seorang Ustaz untuk memberi ceramah bertajuk KEBERKATAN DALAM PERNIAGAAN.
1. Jauhi dari RIBA. PPPMPP dapat membentuk kerjasama  mengelakan daripada meminjam daripada unsur riba dengan bekerjasama membantu ahli-ahli seperti kaedah  KUTU.
2. Usarkataz tersebut juga mencadangkan agar waktu magrib diistiharkan berhenti niaga l0-15 minit untuk solat Magrib.





PPPMPP DIBERI MANDAT OLEH PIHAK MASJID MAKHBOL TELUK KUMBAR 
dan telah berjaya mengurustadbir gerai dan ruangniaga dalam PROGRAM CERAMAH YANG DISAMPAIKAN OLEH UZTAZ AZHAR IDRUS. Tahniah kepada pihak terlibat.

Encik Jefry menyerahkan Sumbangan Tabung PPPMPP kepada Encik Khairul, Isterinya mengidapi Penyakit Buah Pinggang.

Gambar di atas di sebelah kiri Sumbangan PPPMPP kepada Soleh Mat Desa yang mengalami Koma di Hospital Besar Pulau Pinang. 
          Gambar di Sebelah kanan atas dan disebelah kiri bawah Majlis Perjumpaan dengan Pengarah SSM tajuk KEPENTINGAN SSM DAN KEPERLUAN SSM kepada ahli PPPMPP.
            Gambar di sebelah kanan bawah: Naib YDP 1 Encik Abdul Razak Mansor mewakili PPPMPP dalam Misi Bantuan Kebakaran Sekolah Agama di Kedah baru-baru ini.

         








No comments: