Sunday, March 27, 2016

DARI MEJA SETIAUSAHA PPPMPP



Dari Meja Setiausaha.

ABU KASIM BIN BAKAR
SETIAUSAHA 
PPPMPP



MESYUARAT AGUNG PPPMPP 2016  30 APRIL 2016 BERTEMPAT DI MASJID MAKHBUL TELOK KUMBAR JAM 8.30  PAGI  (SABTU)
Assalammualaikum;
Saya selaku Setiausaha PPPMPP mengharapkan mesyuarat Agung pada tahun ini mendapat sambutan yang paling ramai daripada kehadiran ahli-ahli yang berdaftar dengan PPPMPP. Daripada kehadiran ini boleh menjadi kayu ukur kepada betapa pentingnya peranan ahli –ahli  yang bakal memberi cadangan, kritikan yang membina (tidak beremosi) dalam membahaskan sesuatu isu disamping memberi pandangan untuk memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Kematangan kita semua boleh menjamin kekukuhan PPPMPP yang selama ini berjuang dalam perniagaan pasar malam dalam pelbagai isu / masalah dan kebajikan ahli-ahli semua.
            Ukuran dan nilai pergerakkan ahli-ahli PPPMPP selama 15  tahun boleh dinilai mengikut perkembangan serta kemampuan PPPMPP dalam menanganI isu-isu semasa serta imbuhan-imbuhan daripada mendapatkan dana perniagaan daripada Agensi Kerajaan, Bank-Bank dan Intisusi Kewangan Perniagaan seperti TEKUN, MARA DAN PDC.
Pada tahun 2000- 2004 jumlah keahlian PPPMPP adalah seramai 160 oarang. Usaha penyatupaduan daripada Dewan Perdagangan Islam telah menambah sehingga melebihi 500 orang dan sekarang mempunyai lebih daripada 750 ahli yang berdaftar.
Di sini kita dapat bayangkan betapa kita semua memerlukan PPPMPP sebagai wadah perjuangan untuk mempertahankan Perniagaan Pasar Malam di Pulau Pinang ini.
Kejayaan peringkat pertama mempertahankan tapak Pasar Malam di Mahsuri dan Pasar malam di Seberang Jaya. Ahli semua patut berterima kasih kerana Jawatankuasa dulu  dapat menyelamatkan pasar malam ditutup.
Kejayaan yang kedua; Hubungan yang baik PPPMPP dengan Pihak Kerajaan Negeri / pusat membolehkan ahli PPPMPP medapat Lesen Penjaja, Kursus dari  ICU, Mardi, Jabatan Pertanian dan  kemudahan Kredit atau Dana daripada TEKUN, MARA, Bank-bank .
Cubalah anda bayangkan kalau tanpa PPPMPP adakah semua di atas dapat dinikmati oleh ahli PPPMPP.
Seperkara lagi kita dibelenggu dengan kenaikan kos perniagaan yang selama ini tidak boleh dirungkaikan oleh semua peniaga kecil atau besar.
Langkah terakhir yang perlu kita buat untuk mengatasi masalah ini ialah dengan Penubuhan Koperasi. Ini kita belum berjaya. Ramai dikalangan kita tidak mengetahui rahsia ini atau takut dengan penubuhan koperasi disebabkan Akta Koperasi itu sendiri . Kalau kita kaji sejarah Bagaimana Koperasi Pertama di dunia tertubuh di Britian UK adalah disebabkan tekanan ekonomi kepada Buruh dimana kerajaan tidak prihatin dengan gaji buruh menyebabkan kekangan Ekonomi keluarga menyebabkan salah seorang buruh bernama Laurance  bermuafakat mengumpul dana-dana daripada kalangan rakan buruh di situ membentuk sebuah kedai  runcit , keuntungan tadi diagihkan kepada rakan-rakan yang memberi dana. Akhirnya pasaraya disekeling terkejut dengan kemajuan itu. Konsep koperasi untung diagihkan kepada ahli . Konsep pasaraya untung poket syarikat saja. Konsep koperasi ada mesyuarat Lembaga Pengarah dan Mesyuarat Agung yang semua ahli boleh menikmati keuntungan dan mencadangkan sesuatu untuk memajukan koperasi. Sebenarnya mana-mana organisasi mempunyai akta atau undang tersendiri  agar tidak terkeluar daripada garis panduan matlamat, misi Sesuatu organisasi. Pokok pangkalnya amanah. Ini semua terkandung  dalam kitab suci kita iaitu AlQuran dan Hadis.
Oleh itu cubalah kita semua melihat apakah langkah terakhir kita mencapai kejayaan daripada penyatupaduan kita semua untuk menghadapi liku-liku kos barang yang tidak terkawal oleh semua agensi  termasuk kita sendiri mencari mekanisma yang sesuai menghadapi  persoalan yang getir untuk menambah untung /pendapatan mencapai RM5000.00 sebagai Negara maju 2020. Inilah Formulanya.

   Sekian wassalam daripada saya .

ABU KASIM BIN BAKAR SETIAUSAHA PPPMPP

No comments: