Wednesday, March 5, 2014

MESYUARAT AGUNG PPPMPP KALI KE 13

Assalammualaikum. Sedar tak sedar kita sudah sampai ke kali 1 3 Mesyauarat Agung PPPMPP. Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah Perjalanan hidup kita masih jauh untuk membentuk Ekonomi yang kukuh yang dapat kita duduk setanting dengan Peniaga-peniaga lain yang telah maju serta dapat menopoli Ekonomi kita. Apa yang penting di sini penyusunan serta strategi untuk kita membentuk ekonomi yang mampan adalah dari kesedaran kita bagai mana setiap sen perbelanjaan kita dapat dipulangkan sebagai keuntungan dari segi RM kita. Sebab RM ini akan memperbetulkan kita dalam sektor Ekonomi kita. Dalam sektor ekonomi akan membawa kita kearah bagaimana membentuk sahsiah anak kita yang bakal memimpin ekonomi kita. Tanpa kukuhnya ekonomi kita usahlah kita memikirkan bagaimana pendidikkan, anak kita, bagaimana mereka mewarisi atau memiliki rumah atau tempat tinggal yang selesa, bagaimana dengan tuntutan agama yang dapat mencapai rukun yang ke 5. Semuanya terletak bagaimana kita mencipta RM dari RM100 menjadi RM 1Juta. Saya terpaksa menggambarkan RM 1 juta kerana untuk mendapat rumah yang selesa sekarang ini telah mencecah jutaan ringgit. Apakah perniagaan kita hanya untuk kais pagi makan pagi. Apabila kita telah membayar bil-bil wajib dan rumah manakala ansuran kereta kita tersangkut 3 bulan. Ini yang perlu kita sedar. Berapa ramai diantara kita terlibat dengan Ahlong. Berapa ramai di antara kita dapat pinjaman yang kebanyakan tertunggak. Tetapi janganlah membiarkan keadaan ini menghantui kita sehingga kita melepaskan tanggungjawab kita untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebenarnya Allah memberi kelebihan kepada manusia iaitu akal. Dari akal inilah yang kita dapat membezakan atau membuat sesuatu yang boleh membawa kebaikan ( menyelesai masalah ). Cuma tahapmana yang perlu kita berusaha untuk selesaikan perkara tersebut. Berapa lama sudah setiap sen yang kita berbelanja memberi keuntungan kepada masyarakat kita. Saya bagi contoh anda beli majerin RM5.00 sekilo. Keuntungan peruncit tersebut 50 sen. Kalau 1000 orang sehari beli di kedai bukan dari kalangan kita beerti keuntungan RM 500 tadi X 30 hari beerti 15 ribu. Tentu mereka boleh rumah yang berjutaringgit. Kalau kita patah balik beli dikalngan kita 1000 orang tadi beerti orang kita boleh beli rumah yang harganya berjuta ringgit. Saya tahu bahawa di pemikiran orang kita. Barang yang dijual pun mai melalui depa juga. Itu betul. Tetapi daripada nak bagi RM500 tak patah balik sikit pun lebih baik kita bagi RM200 dan yang lagi RM300 kita milikinya. Kita perlu sedar bahawa yang berlaku sekarang ini adalah 85% kita bagi terus keuntungan kepada mereka tinggal 15 % keuntungan untuk kita. Berapa lama kita boleh beli rumah berharga berjuta tu. Saya bawa terlalu jauh sangat sehingga merentasi AGM kita. Tetapi perkara itu terpaksa saya sampaikan kerana generasi kita akan dibebanni masalah yang serupa jika kita tidak boleh merubah keadaan ini. Ok. Balik kita pada AGM kali ini, iaitu tahun ini adalah tahun pemilihan Jawatankuasa. Jadi apa yang penting dalam PPPMPP ialah jawatankuasa yang bakal dipilih biarlah boleh beperanan bukan yang boleh hentam tapa memberi buah fikran menyelesaikan perkara yang berlaku. Kita pun agak dalam keadaan selesa di mana tiada berlku penutupan atau pemindahan besar-besaran tapak pasar malam. Oleh itu ramai diantara ahli-ahli rasa tak kisah sangat PPPMPP berperanan atau tidak. Pemikiran beginilah yang sering menghancurkan organisasi yang terbina dari pahit maung yang kita lalui bertahun lamanya sebelum ini. masih banyk lagi yang perlu kita perbetulkan terutama soal kebajikan ahli-ahli secara keseluruhan. Kita liha bagaima jika berlaku perkara yang sama seperti kebakaran baru-baru ini. Kemudian dituruti YDP kehilangan kaki kirinya dengan kos hospita RM17 ribu. Kalaulah kita mempunyai makenisma yang sesuai mungkin beban RM17 ribu tu kita dapat bantu bersama. Kita juga perlu memikiran genarasi kita berada di Universiti dan kos-kosnya. kalau ada makanisma seseuai mungkin mereka belajar dengan sempurna dan memperolehi kecemerlanagn tanpa dihantui oleh masalah kewangan. Apa-apa pun pilihlah jawatankuasa yang mampu meneruskan tanggungjawab yang bakal kita hadai nanti. Sekian dari Saya ABU: Ketua Biro Penerangan PPPMPP.

No comments: