Monday, December 9, 2013

Bagaimana anda mencari peluang dalam perniagaan?

Assalammualaikum.
Hari ini saya cuma membicarakan peluang atau manfaat yang perlu anda tahu yang selama ini anda telah menjalani perniagaan. Kenapa anda perlu daftar perniagaan anda? Pentingya pendaftaran SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Terimakasih kepada sesiapa yang telah mendaftar dengan SSM. Mungkin anda berdaftar sebab anda nak bagi tahu bahawa anda benar-benar berniaga.

Saya cuba mengimbas kembali di zaman orang Melayu kurang melibatkan diri dalam perniagaan iaitu 30 tahun yang lalu.

Dulu apabila kita pergi singgah membeli barang di kedai runcit dari kaum keturunan Tionghwa akan akan melihat SSM Daftar perniagaan mereka tertapal di dinding  belakang kuanter bayaran kedai runcit mereka.

SSM itu adalah bukti yang mereka ini benar-benar berniaga. Mereka dapat menggunakan SSM sebagai tiket mudah untuk mendapat pinjaman daripada pihak Bank. Mereka juga mudah mendapat Geran-geran daripada kerajaan.

Alhamdulillah kini ramai dikalangan peniaga dan penjaja Melayu mulai sedar akan betapa pentingnya pendaftaran perniagaan.

Oleh itu banyak peluang yang dapat dinikmati dengan memiliki SSM.

Paling utama buat masa kini ialah kerajaan Malaysia dibawah SKMM telah memperuntukan Geran sebanyak RM1000 kepada peniaga-peniaga kecil, oleh itu rebutlah peluang ini untuk mendapatkan geran tersebut.

Perlu dingat bahawa setiap apa program atau peruntukan pasti ada syaratnya. Sesiapa yang memenuhi syarat-syarat tertentu maka anda layak menerima Geran daripada SKMM sebanyak RM1000. Percuma dalam bentuk tunai yang akan dimasukan ke akaun simpanan/ semasa atas nama syarikat milik anda. Nak tau syaratnya call saya 0164313244- Abu.


Anda juga memdapat peluang perlindungan percuma daripada KPDNKK iaitu insuran penjaja 1Malysia secara. Dimana jika berlaku kemalangan atau kematian , layak membuat tuntutan.

Jadi kesimpulannya jika anda memiliki SSM bermakna peluang untuk mendapat sesuatu seperti kemudahan kredit daripada bank-bank yang menyalurkan pembiayaan untuk berniaga.

Begitu juga pembiayaan daripada agensi Kerajaan seperti MARA, TEKUN dan Kerajaan negeri Pulau Pinang menyalurkan pinjaman mmelalui PDC.

Saya akan sambung lagi sebab mata dah mengantuk Jam 1.03 pagi dah...........so tunggu dikesempatan yang lain.

No comments: