Sunday, October 5, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADZHAR

Selamat Menyambut Hari Raya Korban 2014. Kepada yang bekesempatan mewnunaikan haji pada tahun ini PPPMPP doakan agar mendapat Haji Mabror. Raya Haji atau raya korban mengambarkan bahawa setiap sesuatu perjuangan kita memerlukan pengorbanan.Oleh itu Perjuangan menegakkan Ekonomi Melayu Pulau Pinang dan juga Peniaga Melayu pasar malam juga memerlukan pengorbanan, agar kita berjaya menunaikan segala tuntutan yang memenuhi keperluan agama kita. Perlu dilihat keutamaan kita dalam menegakkan Ekonomi perlulah kita mempunyai strategi serta susun atur mengikut keadaan semasa. Kekangan Ekonomi berikutan kenaikkan harga minyak serta bakal menempuhi kenaikkan harga pada bahan mentah perlu meletakkan stategi yang baik agar kita mampu bergerak menjalankan perniagaan. Kita juga perlu menyusun strategi bagi menembusi pasaran luar samaada di pasaraya atau ekspot ke luar negara bagi meluaskan pasaran kita yang semakin menguncup. 10 Tahun lalu saya pernah menulis tentang peranan Koperasi bagi menyelamatkan Ekonomi Melayu khususnya Melayu Pulau Pinang. Kita sememangnya tidak mampu meneruskan atau menongkah di arus kewangan yang berbentuk Sistem Kewangan yang menghala Sistem Kapitali. Iaitu bagi mereka yang kaya akan bertambah kaya manakala yang miskin bertambah miskin. Di sini juga perlu memenuhi sifat terpuji seperti menjalankan perniagaan yang lebih barakah. Iaitu berniaga yang mengikut syariat Islam. Di sini juga kita harus bekorban agar nilai ringgit dan sen kita tidak mengalir kepada bukan islam. Apabila ini berlaku sudah pasti lonjakkan Ekonomi yang mampan lagi mantap akan berlaku. Beberapa contoh dan iktibar yang perlu kita rujuk. Iaitu kenapa Negara Iraq dihancurkan, begitu juga Libya sedangkan alasan utama dulu adakah Senjata Berat ditemuai di Iraq. Beginilah agenda Barat menghancurkan negara Islam. Bahan rujukkan ini perlu di bawa ke Malaysia di mana Modal Ringgit kita mengalir ke mana? Dari mana kita selalu membeli bahan mentah, di mana kita selalu benlanja untuk sosial kehidupan. Bil Astro, Internet dan Pelbagai lagi adalah bertujuan mengembangkan perniagaan. Adakah Ukqwah kita sekarang ini begitu kuat. Ini adalah asas utama yang perlu dilihat. Di sini saya cuba gariskan kepada 3 Perkara dalam menjalani Asas Keperluan Perniagaan Kita; 1. Rutin yang selalu kita buat iaitu mendapatkan Bahan Mentah. Perkara ini saya rasa kita telah lepas dalam menghitung keuntungan dan kerugian dalam perniagaan. Mungkin bekalan bahan mentah yang murah menjadi keutamaan. Mungkin kualiti produk menjadi keutamaan. Promosi , Primes mmungkin telah lepas. 2. Asset / Pelaburan; Adakalah selama ini cara atau teknik kita boleh menjadikan asas untuk pelaburan. Atau perniagaan sekarang boleh dikumpul menjadikan Asset. Biasanya part ini 80% kita belum mencapai. Yang dah capai Alhamdullilah. Masyarakat lain meletakkan ini 1 satu dalam perniagaan. 3. Jaminan / Insuran / Takaful. Berapa aramai diantara kita mendapat jaminan Takaful bila ditimpa bencana atau kesusuahan . Ini pun perlu dititikberatkan. saya akan kupaskan ulasan ini sebagai ulasan yang dapat membantu kita secara berjemaah dalam usaha ini. Insyaallah dari masa ke semam

No comments: