Saturday, August 4, 2012

Assalammualaikum.
Kita baru sahaja selesai Mesyuarat Agubg PPPMPP kali ke 11. Kini kita bertemu Ramadhan, Selamat Berpuasa dan Selamat menjalakan perniagaan di Pasar Malam dan kepada ahli yang berniaga di Pasar Ramadhan semuanya PPPMPP mendoakan agar murah rezeki di samping menjalani ibadah puasa. Tak lupa juga ahli-ahli pppmpp yang berniaga di Up Town, Night Market Semoga rezeki tahun ini melimpah ruah.

Kita juga akan menyambut Aidil Fitri jadi PPPMPP ucapkan selamat Hari raya Maaf Zahir Batin. Semoga Raya tahun ini mendapat rahmat.

Apa yang penting selepas hari raya nanti macammana pun kita kena berniaga juga. Harapan saya sebagai Ketua Unit Penerangan akan memberi info yang terbaik agar kita dapat menyelaraskan Ekonomi kita, Sebab kita telah menggerakkan ekonomi negara walau kita lihat ada yang berniaga dapat puluhan ringgit, ratusan ringgit dan yang berniaga agak besar ribuan ringgit, kalau kita gabungkan ke satu poket atau 1 bank tentu jadi ratusan ribu ringgit.

Kalau kita lihat produk-produk yang di keluarkan dari kilang 80 % kitalah orang yang tolong jual, begitu juga tangkapan ikan di laut, bertan- tan kita tolong jual tak kira di luar bandar atau di bandar. Jadi kerja kita ni cukup mulaia.

Hasil perniagaan kita boleh membantu ekonomi keluarga, makan minum, perbelanjaan sekolah anak-anak. bayar bil -bil termasuklah cukai itu dan ini, jadi kita ni memang golongan vip dalam ekonomi negara.

Begitu juga kalau kita lihat dari 1 sudut yang lain iaitu kita telah menyelamatkan ribuan penganngur di mana mereka ini telah turut membantu kita menjual produk-produk kita. 1 orang peniaga pasar malam menggunakan pembantu sekurang-kurangnya 2 pekerja maknanya kalau di Pulau Pinang sahaja telah menyelamatkan mereka seramai 6 ribu penganggur. Itu baru 2 pekerja tapi ada yang lebih lebih mananya lebih kurang 10 ribu penganggur dapat diselamatkan di Pulau Pinang. Bayangkan di seluruh Malaysia....

Matlamat saya bukan nak cerita tentang itu tetapi bagimana kita nak mengukuhkan Ekonomi kita secara totaly iaitu kitalah pebmbayar incometax terbesar, kitalah pemilik kilang terbesar, kitalah pemborong terbesar, kitalah pemilik ladang terbesar kitalah pembekal bahan mentah yang terbesar.

Mungkinlah pasai (sebab) kitani oarang pasar malam cerita begitu besar, tapi kalau kena caranya bendani akan jadi kenyataan. Tiorinya begini, kalau kita sebagai pelanggan biasa  mungkin kita beli 1kg ikan sehari . tapi kalau kita pelanggan yang membeli untuk berniaga takkan kita beli 1kg ikan. Harga yang dibeli 1 kg berbeza dengan kita beli 10 kg atau 100kg atau 1 tan ikan. di sinilah kita letak diri kita samada peniaga kecil atau peniaga besar.

Katakan peniaga buah-buah contohnya tembikai kita beli di Super Market RM1.20 1kg tapi kalai kita mempunyai supermarket tentulah bertan-tan kita beli. Beli biasa 1 tan tentu kena bayar RM12 ribu, tapi kalau kita buka super market tentulah 12 ribu kita dapat beli 2 tan tembikai.

1 lagi pelanggan kita kenalah sanggup membelanjakan 80 % belian hasil daripada pendapatan bulanan mereka terhadap perniagaan kita. Taukah berapa ramai jutawan Melayu  di Malaysia? Bukan tak ada peniaga kita yang jual kereta, yang jual perabut, yang jual rumah, yang membuka kelas tusyen, alat tulis, kedai hardware.. so kalaulah peribumi ini membelanjakan 80% hasil pendapatan bulanan mereka maka ekonomi peribumi ini melonjak naik macam roket naik ke angkasa.

Satu lagi pelanggan kita janganlah takut untuk berbelanja 50 sen lebih mahal kerna inilah dapat membantu peniaga-peniaga mengumpul 50 sen tadi menjadi ribuan keuntungan, dalam tempoh 2 ,3 tahun duit yang dikupul nanti akan menjadi puluhan ribu masa tu mereka mampu membeli secara pukal masatu dia dah boleh jual murah untuk kita sebab dia dah jadi pemborong. Dia dah mampu beli bertan-tanbarngan untuk dijual. Pembeli berdoa cara ini baru boleh tengok peribumi berjaya.

Sebab kalau kita tengok di kampung-kampung penanam tebu, penanam pisang, penangkap ikan di laut siapa tapi bila sampai kat bandar tauke dah bertukar wajah. Apa pun kita kena tanam nawaitu 80% sifat membelanja kita belanja di Ekonomi pasar malam.

Lihatlah 3 atau 4 tahun lagi bagaimana Ekonomi kita....

No comments: